Soalan Lazim

MyAssist MSME adalah satu platform khidmat nasihat perniagaan sehenti dalam talian, bagi membantu PKS menangani permasalahan dan isu berkaitan perniagaan dengan menyediakan khidmat nasihat dan maklumat perniagaan, bimbingan dan peluang pemasaran secara digital, kemudahan sokongan teknologi dan inovasi perniagaan, perkhidmatan padanan perniagaan serta inisiatif pelbagai saluran dalam talian yang dipautkan ke Agensi-agensi Pelaksana di bawah PENJANA.

MatchMe merupakan platform yang menghubungkan syarikat PKS dengan syarikat multinasional (MNC), syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC), pasaraya besar dan juga syarikat-syarikat terkemuka dari dalam dan luar negara. Dengan memilih untuk menjadi ahli kepada platform ini, anda akan berpeluang menikmati perkhidmatan premium yang ditawarkan.